Home Koronavirus Jangkitan Covid-19 terus melonjak kepada 19,090 kes

Jangkitan Covid-19 terus melonjak kepada 19,090 kes

Jangkitan Covid-19 terus melonjak kepada 19,090 kes

PUTRAJAYA- Sebanyak 19,090 lagi kes baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis.

Angka tersebut merupakan hari kedua berturut-turut melepasi jangkaan KKM melebihi 15,000 kes harian ketika negara telah memasuki gelombang Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 18,977 kes atau 99.41 peratus merupakan kategori satu dan dua.

“Bilangan kategori tiga hingga lima adalah 113 iaitu 0.59 kes,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan perincian kategori, sebanyak 4,898 kes berada pada kategori satu dan 14,079 kes pula kategori dua.

“Bagi kategori tiga KKM mencatatkan 79 kes, kategori empat (28) dan kategori lima (enam), katanya.

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,975,422.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here