Home Koronavirus Jangkitan Covid-19 menurun kepada 19,550 kes hari ini

Jangkitan Covid-19 menurun kepada 19,550 kes hari ini

0
Jangkitan Covid-19 menurun kepada 19,550 kes hari ini

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sebanyak 19,550 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, sedikit menurun berbanding 21,176 kes semalam.

Pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 1,960,500 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk enam hari berturut-turut dengan 3,743 kes pada Sabtu.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,416 kes, diikuti Johor (2,282); Sabah (2,163); Pulau Pinang (1,865); Kedah (1,390); Perak (1,354); dan Kelantan (1,320).

Negeri-negeri yang merekodkan kes harian baharu di bawah empat angka adalah Terengganu (953); Pahang (722); Kuala Lumpur (555); Melaka (490); Negeri Sembilan (198); Perlis (73); Putrajaya (24); dan Labuan (dua). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here