Home Koronavirus Jangkitan Covid-19 melebihi 20,000 kes

Jangkitan Covid-19 melebihi 20,000 kes

0
Jangkitan Covid-19 melebihi 20,000 kes

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 20,939 kes jangkitan Covid-19 pada Jumaat berbanding 19,090 kes pada Khamis.

Ia sekali gus menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan KKM sebelum ini yang mana memberitahu kes tersebut akan mencecah sehingga 15,000 kes susulan gelombang Omicron melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan individu yang sudah dijangkiti virus berkenaan adalah sebanyak 2,996,361 kes.

“Bagaimanapun daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, sebanyak 20,821kes atau 99.44 peratus merupakan kategori satu dan dua.

“Selebihnya adalah kategori tiga hingga lima iaitu 118 kes ataupun 0.56 peratus,” ciapannya di Twitter milik beliau pada Jumaat.

Pada 11 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,939 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,996,361 kes.

Drp kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

•118 kes (0.56%) kategori 3, 4 & 5;

•20,821 kes (99.44% kategori 1 & 2.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 11, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here