Home Koronavirus Jangkitan Covid-19 di dewan bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz terkawal

Jangkitan Covid-19 di dewan bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz terkawal

0
Jangkitan Covid-19 di dewan bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz terkawal

KUALA LUMPUR – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa kes Covid-19 melibatkan dewan bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal.

Pengurusan HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan semua kakitangan mereka terutamanya petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.

“HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari masa ke masa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menafikan penularan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat jangkitan Covid-19 tidak terkawal di dewan bedah dan ia berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap SOP terutamanya melibatkan pemakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here