Home Koronavirus Jangan leka, patuh SOP, tingkatkan penilaian Covid-19

Jangan leka, patuh SOP, tingkatkan penilaian Covid-19

0
Jangan leka, patuh SOP, tingkatkan penilaian Covid-19

SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan supaya jangan sesekali leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta tingkatkan penilaian Covid-19 dengan menjalani ujian kendiri sebelum pulang ke kampung halaman.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bagi memastikan supaya penularan virus Covid-19 dapat dikawal dan mengelakkan wabak tersebut daripada tersebar kepada keluarga di kampung.

“Walaupun kita berada di fasa peralihan endemik, suka saya menasihatkan supaya kita jangan sesekali leka dan terus mematuhi SOP serta tingkatkan penilaian Covid-19 anda dengan kit ujian kendiri sebelum pulang ke kampung halaman.

“Maksudnya sebelum kita balik, elok kita buat ujian kendiri untuk kita memastikan bahawa kita tidak bawa balik virus ke kampung halaman kita.

“Pastikan supaya semua keluarga kita di kampung kekal selamat dalam menyambut kepulangan kita semua,” katanya dalam siaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan petugas barisan hadapan kesihatan yang banyak berjasa dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

“Petugas barisan hadapan, ‘frontliners’ terutamanya ‘frontliners’ kesihatan yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kesihatan awam terus terpelihara.

“Keputusan kerajaan untuk pada tahun ini kita sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri untuk membenarkan kita merentas negeri, balik kampung berjumpa dengan saudara mara sahabat-handai adalah atas usaha dan juga pengorbanan barisan hadapan terutamanya barisan hadapan kesihatan.

“Jasa anda dikenang selama-lamanya. Terima kasih,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here