AMMAN – Itali pada Khamis meluluskan beberapa peraturan anti-Covid disifatkan paling ketat di dunia dengan mewajibkan semua pekerja mempamerkan bukti vaksinasi, negatif ujian saringan atau telah pulih daripada jangkitan.
Menurut Agensi Berita Jordan (PETRA), peraturan baharu itu berkuat kuasa pada 15 Oktober dalam usaha Perdana Menteri Mario Draghi menggalakkan rakyatnya menerima suntikan vaksin Covid-19 berikutan negara berkenaan antara yang paling teruk dilanda pandemik.
Pekerja yang gagal mempamerkan sijil kesihatan akan digantung kerja tanpa gaji tetapi tidak dipecat, katanya kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat Kabinet. -Bernama