Home Koronavirus Israel dilanda varian baharu Covid-19

Israel dilanda varian baharu Covid-19

Israel dilanda varian baharu Covid-19

TEL AVIV – Israel dilanda gelombang baharu Covid-19 dengan peningkatan pesakit yang dijangkiti varian BA.5, kata Kementerian Kesihatan rejim Zionis.

Menurut laporan, pihaknya sedang melihat untuk mengembalikan mandat penggunaan pelitup muka berikutan peningkatan pesakit tersebut.

“Terdapat varian baharu, BA.5, yang lebih menular,” kata Ketua Pengarah, Nachman Ash kepada Stesen Radio 103FM pada Ahad.

Kadar jangkitan dan kemasukan ke hospital meningkat sejak akhir Mac lalu.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 4,931 kes baharu Covid-19 berbanding 3,339 kes seminggu sebelumnya dan 1,575 kes dua minggu lalu.

Terdapat 158 ​​pesakit dalam keadaan serius pada pagi Ahad berbanding 106 pada minggu lalu. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here