Home Koronavirus Indonesia rekod 4,951 kes Covid-19

Indonesia rekod 4,951 kes Covid-19

0
Indonesia rekod 4,951 kes Covid-19

JAKARTA – Indonesia mencatatkan 4,951 kes baharu Covid-19 yang disahkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 6,507,610.

Berdasarkan data Agensi Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, 4,866 diklasifikasikan sebagai penularan tempatan manakala 85 lagi dari luar negara.

Wilayah Jakarta menyumbang angka tertinggi sebanyak 1,823 kes, diikuti wilayah Jawa Barat (694) dan wilayah Jawa Timur (681), di tengah-tengah peningkatan kes harian.

Jumlah pulih pula sebanyak 2,882 kes manakala sejumlah 42 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas sehingga tengah hari Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 158,737. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here