Home Koronavirus Individu lengkap vaksin Covid-19 di luar negara perlu sijil digital

Individu lengkap vaksin Covid-19 di luar negara perlu sijil digital

0
Individu lengkap vaksin Covid-19 di luar negara perlu sijil digital

JOHOR BAHRU – Individu yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 di luar negara perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk tujuan pengesahan dan mengemas kini bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, individu tersebut perlu membawa dokumen atau sijil sebagai bukti telah menerima suntikan vaksin di luar negara bagi tujuan penilaian ketulenan serta mengetahui jenis vaksin yang diterima.

“Selepas disahkan PKD, prosesnya ialah Jabatan Kesihatan Negeri akan hantar (maklumat dan data) ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Negara (CPRC) di Putrajaya dan pusat itu akan memaklumkan kepada MySejahtera untuk mengemas kini dan mengeluarkan sijil digital dalam aplikasi telefon.

“Tidak kira warganegara atau warga asing, yang penting kita nak mengesahkan sama ada ia tulen atau tidak (sijil) vaksinasi yang diberikan di luar negara dan (mengetahui) jenis vaksin (diterima),” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), di sini pada Ahad.

Beliau berkata, bagi individu yang telah mendapat vaksin Covid-19 di luar negara dan perlu masuk ke negara ini bagi tujuan pembukaan sektor ekonomi, sijil vaksinasi akan disemak dan disahkan oleh petugas kesihatan di pintu masuk antarabangsa negara. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here