Home Koronavirus India catat penurunan kes Covid-19

India catat penurunan kes Covid-19

0
India catat penurunan kes Covid-19

NEW DELHI – India menyaksikan penurunan kes Covid-19 pada Selasa, mencatat 127,510 jangkitan dan 2,795 kematian baharu dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan lapor Agensi Anadolu.

Menurut kementerian, jumlah korban kini mencecah 331,895 orang manakala keseluruhan kes melebihi 28.1 juta.

India merekodkan peningkatan mendadak kes jangkitan dan kematian harian bulan lalu ketika negara bergelut dengan gelombang kedua pandemik. Kes harian mencecah 400,000 dan kematian sebanyak 4,500.

Meskipun kes harian mula menunjukkan trend penurunan, program vaksinasi negara turut terjejas berikutan beberapa negeri melaporkan kekurangan stok vaksin.

Perdana Menteri, Narendra Modi dikritik kerana gagal menangani gelombang kedua dan menyumbang vaksin kepada negara lain sedangkan rakyat India belum sepenuhnya divaksin.

Kerajaan kini berusaha mengimport vaksin dan berjanji 120 juta dos vaksin akan disediakan untuk pelancaran program vaksinasi Covid-19 kebangsaan pada Jun.

Angka kementerian menunjukkan India telah memberikan lebih 210 juta dos setakat ini. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here