Home Koronavirus Ibu muda dijangkiti Covid-19 selamat lahirkan bayi kembar

Ibu muda dijangkiti Covid-19 selamat lahirkan bayi kembar

0
Ibu muda dijangkiti Covid-19 selamat lahirkan bayi kembar

KOTA BHARU – Seorang ibu muda yang positif Covid-19 selamat melahirkan sepasang bayi kembar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Ahad.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, bayi lelaki seberat 2.45 kilogram (kg) dan perempuan 2.1kg itu lahir secara pembedahan pada jam 12.39 tengah hari.

Beliau berkata, ibu berusia 20-an berkenaan dari Kota Bharu terlebih dahulu disahkan positif dan dimasukkan ke wad pesakit Covid-19 di hospital tersebut sebelum melahirkan bayi kembar berkenaan.

“Wanita itu dimasukkan ke wad kerana positif Covid-19 sebelum bersalin dan selamat melahirkan pasangan bayi kembar lelaki dan perempuan semalam (Ahad).

“Keadaan ibu masih berada di wad Covid-19 bagaimanapun stabil, manakala kedua-dua bayi diisolasi bagi memantau keadaan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di HRPZ II di sini pada Isnin.

Beliau berkata, ujian saringan Covid-19 sudah dilakukan terhadap bayi-bayi berkenaan dan masih menunggu keputusan sama ada positif atau negatif Covid-19.

“Keadaan dua beradik itu dipantau oleh pihak hospital secara rapi dan mengharapkan keputusan saringan yang baik diperoleh.

“Setiap ibu mengandung yang disahkan Covid-19 akan dimasukkan ke wad di HRPZ II bagi memantau keadaan mereka dan kandungan sehingga bersalin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here