KUALA LUMPUR – Ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan anak kini boleh mengemaskini status mereka di aplikasi MySejahtera.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, janji temu golongan itu akan dibuat berdasarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Anda boleh memasukkan bulan dan tahun melahirkan anak serta status penyusuan,” katanya di ciapan Twitter, pada Rabu.
Sebelum ini Khairy berkata, ibu mengandung dan menyusukan bayi hanya boleh menerima suntikan vaksin Covid-19, Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech.
Katanya, keputusan itu berdasarkan syor yang dibuat oleh pakar.
Menurutnya, suntikan itu boleh diterima ketika usia kandungan antara 14 hingga 33 minggu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mengandung, menyusu boleh terima Comirnaty