Home Koronavirus Ibu hamil diminta dapatkan vaksin segera: JKNK

Ibu hamil diminta dapatkan vaksin segera: JKNK

0
Ibu hamil diminta dapatkan vaksin segera: JKNK

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) meminta ibu mengandung yang masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19 supaya segera berbuat demikian dalam usaha mengurangkan risiko komplikasi sekiranya terkena jangkitan penyakit itu.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, walaupun Kelantan hanya mencatatkan tiga kes kematian melibatkan ibu hamil yang mempunyai kaitan dengan jangkitan pandemik itu, namun orang ramai perlu mengambil serius perkara tersebut.

“Suntikan vaksin ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mengurangkan risiko komplikasi sekiranya terkena jangkitan Covid-19,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, jika ada dalam kalangan mereka masih lagi keliru dengan suntikan vaksin boleh mendapatkan maklumat secara terus dari klinik atau hospital berhampiran dengan rumah mereka.

Sinar Harian pada 14 Ogos lalu melaporkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggesa ibu mengandung diberi keutamaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Langkah itu bagi mengurangkan risiko jangkitan virus berkenaan kepada wanita hamil dan anak dalam kandungan susulan beberapa kes positif Covid-19 yang dilaporkan membabitkan golongan itu sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here