Home Koronavirus HSAH terima kontena sejuk beku simpanan jenazah Covid-19

HSAH terima kontena sejuk beku simpanan jenazah Covid-19

0
HSAH terima kontena sejuk beku simpanan jenazah Covid-19

SUNGAI PETANI- Sebuah kontena sejuk beku simpanan mayat Covid-19 diserahkan penceramah bebas, Ebit Lew kepada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini pada Selasa.

Ebit Lew melalui hantaran di Facebook memaparkan kontena tersebut telah dihantar ke HSAH dan turut menghantar sebuah lagi kontena kepada Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut Ebit Lew, kontena tersebut telah dilengkapi dengan rak simpanan jenazah yang boleh dipasang dan digunakan.

“Syukur sangat rasa kami dapat beli dua buah kontena sejuk beku simpanan mayat dan terus serahkan ke Hospital Kepala Batas dan HSAH,” katanya melalui hantaran tersebut pada Selasa.

Ebit Lew turut berkongsi pengalaman petugas barisan hadapan ketika merawat pesakit Covid-19 yang membuatkannya sebak.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan penghantaran kontena tersebut kepada pihak hospital.

Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo memaklumkan dua buah hospital termasuk HSAH memerlukan kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat pesakit Covid-19 yang semakin meningkat.

Dr Othman turut menjelaskan, penggunaan katil bagi merawat pesakit Covid-19 termasuk di unit rawatan rapi pula sudah mencapai tahap 95 peratus di semua hospital di Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here