Home Koronavirus Hotel kebajikan untuk rakyat terkesan Covid-19: Annuar Musa

Hotel kebajikan untuk rakyat terkesan Covid-19: Annuar Musa

0
Hotel kebajikan untuk rakyat terkesan Covid-19: Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Hotel Grand Season di sini menubuhkan Rumah Prihatin @Grand Season bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Rumah Prihatin @Grand Season yang akan beroperasi secara berperingkat mulai 15 Julai ini, akan dijadikan premis yang berkonsepkan hotel kebajikan dengan menjalankan kegiatan sukarela berkaitan perkhidmatan pengawalan penularan wabak tersebut.

“Hotel ini akan diserahkan kepada sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai YWP bagi tujuan kebajikan.

“Ia merupakan satu platform untuk menghimpunkan, mengkoordinasi dan merawat mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang dilaksanakan secara bersama dengan sokongan sukarelawan, persatuan, organisasi korporat dan NGO,” katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis.

Annuar berkata, Rumah Prihatin @Grand Season menawarkan lima komponen utama yang selari dengan konsep Wilayah Cakna dan Wilayah Prihatin bagi membantu rakyat secara lebih proaktif.

“Lima komponen itu ialah Dapur Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, Khidmat Vaksin Prihatin dan Pusat Gerakan Jejak Prihatin.

“Kami juga sedang meneliti sama ada sebahagian daripada 300 bilik di hotel ini sesuai untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi kes-kes ringan,” katanya. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here