Home Koronavirus Hospital swasta kekurangan katil tampung pesakit Covid-19

Hospital swasta kekurangan katil tampung pesakit Covid-19

0
Hospital swasta kekurangan katil tampung pesakit Covid-19

SHAH ALAM- Peningkatan kes Covid-19, hospital swasta kini mengalami kekurangan katil bagi menampung jumlah pesakit berkenaan.

Menurut laporan portal MalaysiaKini, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dr Kuljit Singh berkata, situasi itu juga mengakibatkan katil, wad serta wad unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta penuh.

Justeru, beliau turut meminta masyarakat mengambil serius terhadap perkara itu bagi membantu penularan itu sekali gus dapat mengelakkan penutupan hospital.

“Sejak 14 hari lalu, terdapat peningkatan pesakit Covid-19 di hospital swasta, memenuhi semua katil dan wad Covid-19 serta wad unit rawatan rapi (ICU).

“Kebanyakan hospital swasta kini tidak mampu menerima pesakit Covid-19, terutama di Lembah Klang.

“Kegusaran besar yang bakal kita hadapi ialah fasiliti kesihatan ditutup susulan katil dan bantuan oksigen yang terhad kepada orang ramai,” jelasnya.

Pada 28 April, kes harian Covid-19 telah mencecah 3,000 kes dan melepasi angka 2,000 sejak 15 April lalu.

Kuljit menambah, kemudahan kesihatan kerajaan di Lembah Klang turut berkurangan susulan peningkatan pesakit dan Johor juga mungkin berada dalam situasi sama.

Oleh itu, APHM mencadangkan kerajaan memindahkan pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta dengan jumlah bayaran yang dipersetujui tahun lalu dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here