Home Koronavirus Hospital medan Sibu dibina hadapi peningkatan kes Covid-19

Hospital medan Sibu dibina hadapi peningkatan kes Covid-19

0
Hospital medan Sibu dibina hadapi peningkatan kes Covid-19

SIBU – Langkah kerajaan Sarawak membina hospital medan secara kekal di pekarangan Hospital Sibu adalah sebagai persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya lonjakan kes Covid-19 di bahagian itu pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hospital yang berkapasiti 100 katil itu, menelan kos lebih RM1.6 juta dan dibina sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan dipersetujui Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita buat persiapan seperti ini kerana kita telah belajar dari pengalaman lepas, di mana apabila berlaku lonjakan kes, kemudahan katil dan wad ICU (Unit Rawatan Rapi) tidak mencukupi,” katanya ketika sidang akhbar majlis penyerahan hospital medan kepada pihak Hospital Sibu di sini pada Sabtu.

Hospital Sibu diwakili pengarahnya, Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu. Hadir sama, Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee.

Uggah yang juga pengerusi JPBN berkata, hospital yang serupa akan dibina di bahagian-bahagian lain di Sarawak, jika ada keperluan.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan masyarakat Cina di Sarawak yang akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dalam beberapa hari lagi untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan dan peningkatan kes Covid-19 di Sabah. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here