Home Koronavirus Hospital daerah dijadikan hibrid, rawat pesakit kategori satu hingga tiga

Hospital daerah dijadikan hibrid, rawat pesakit kategori satu hingga tiga

0
Hospital daerah dijadikan hibrid, rawat pesakit kategori satu hingga tiga

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar hospital daerah dijadikan sebagai hospital hibrid untuk merawat pesakit Covid-19 daripada kategori satu hingga tiga sekiranya mereka memerlukan kemasukan ke hospital.

KKM dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, sebaliknya hospital berpakar dan negeri hanya akan dirujuk untuk pesakit bagi kategori empat dan lima sahaja.

Menurut kenyataan itu, pesakit Covid-19 yang lebih stabil dan boleh dipantau di rumah disarankan untuk terus berada di kediaman masing-masing dan dipantau melalui Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sehingga selesai tempoh isolasi.

“KKM turut menyarankan penggunaan ubat-ubatan antiviral yang dikenal pasti lebih awal di peringkat CAC dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Mesyuarat membincangkan kesiapsiagaan Program Perubatan bagi menangani peningkatan kes Covid-19 terutamanya varian Omicron telah diadakan pada 15 Januari lalu.

“Penglibatan semua pihak dan “whole society approach” amat penting dalam membendung penularan Covid-19,” ujarnya.

Tambahnya, penduduk Malaysia disaran untuk mengambil vaksin penggalak dan terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) serta norma baharu.

“Semua negeri juga disaran untuk berbincang dan mendapatkan bantuan daripada Jawatankuasa Bencana Negeri masing-masing bagi isu logistik,” uajrnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here