Home Koronavirus Henti bertelagah, tumpu usaha perangi Covid-19: Wan Saiful

Henti bertelagah, tumpu usaha perangi Covid-19: Wan Saiful

0
Henti bertelagah, tumpu usaha perangi Covid-19: Wan Saiful

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menasihatkan semua parti politik supaya berhenti bertelagah dan tumpukan pada usaha memerangi pandemik Covid-19 dalam negara.

Menurutnya, rakyat akan muak sekiranya pergolakan sesama ahli politik masih berlaku ketika ini.

“Saya sudah banyak kali sebut bahawa jika orang politik terus bertelagah, rakyat akan muak dengan semua ahli politik secara keseluruhan.

“Walaupun sebenarnya yang bermasalah hanya satu kluster kecil sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Baru-baru ini, media melaporkan UMNO menuntut supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan untuk memberi laluan kepada seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik Covid-19 dan bantuan kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menyifatkan semangat kebersamaan memang wujud antara kelompok majoriti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, semua parti hanya ada satu tumpuan iaitu untuk menjaga kebajikan rakyat dan membina ekonomi.

“Bagi menghadapi krisis Covid-19, kita ketepikan perbezaan dan dahulukan keperluan rakyat.

“Dalam kerajaan PN ada 14 parti dan ketua-ketua penerangan daripada 13 parti bermesyuarat setiap minggu.

“Kami mendengar penerangan daripada menteri dan ahli-ahli akademik termasuklah pembentangan daripada Khairy Jamaludin Abu Bakar, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Selain dengar pembentangan daripada menteri, kami juga beri cadangan kepada mereka,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan agar tumpuan diberikan pada usaha memerangi Covid-19 terlebih dahulu kerana masa untuk bersaing dalam arena politik akan tiba pada Pilihan Raya Umum (PRU)15 nanti.

“Langkah kerajaan memberi peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti adalah permulaan yang baik kerana mereka perlu memainkan peranan bantu rakyat.

“Kita tolak tepi kluster mahkamah yang ada agenda peribadi. Saya yakin rakyat nampak sifat hipokrit mereka yang terdesak memperguna jentera politik untuk selamatkan diri.

“Tetapi bagi yang lain-lain, bukankah lebih baik jika kita semua menangguhkan persaingan politik dan bersama membela rakyat serta membina ekonomi supaya kita semua #menangbersama,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here