Home Koronavirus ‘Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung’

‘Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung’

0
‘Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung’

KUALA LUMPUR – Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, vaksin berkenaan akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

Beliau dalam pada itu berkata, permohonan fasa dua suntikan vaksin AstraZeneca untuk warga emas akan dibuka mulai 23 hingga 26 Mei.

“Fasa kedua permohonan AstraZeneca akan diperluas ke Johor, Sarawak dan Pulau Pinang, selain Lembah Klang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiada sebarang kesan sampingan serius terhadap penggunaan vaksin AstraZeneca direkodkan di Malaysia setakat ini.

Ujarnya, Malaysia juga akan mengkaji maklumat dari Indonesia berhubung dakwaan individu mati akibat vaksin AstraZeneca di negara itu.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here