Home Koronavirus Hanya lima peratus murid SKJC tidak hadir vaksinasi

Hanya lima peratus murid SKJC tidak hadir vaksinasi

Hanya lima peratus murid SKJC tidak hadir vaksinasi

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan hanya lima peratus murid di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) tidak hadir menerima vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) sekolah di lapangan.

Menurutnya, ia berbanding 70 peratus murid di sekolah kebangsaan berdekatan yang tidak hadir menerima vaksin Covid-19.

“Ini realiti di lapangan. Terima kasih kepada ibu bapa yang melindungi anak anda,” ciapnya di Twitter pada Khamis.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) merupakan program vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Ia yang dilancarkan pada 3 Februari lalu menggunakan vaksin jenis Comirnaty keluaran PfizerBioNTech.

Setakat ini, sebanyak 42,659 dos telah diberikan kepada golongan tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan 1,055 buah sekolah rendah dijadikan PPV bermula Isnin lalu.

Laporan pelaksanaan #PICKids PPV Sekolah di lapangan: di sebuah SJKC di Pulau Pinang hanya 5% murid tidak hadir untuk vaksinasi. Di SK berdekatan 70% tidak hadir untuk vaksinasi. Ini realiti di lapangan. Terima kasih kepada ibubapa yang melindungi anak anda.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 17, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here