Home Koronavirus Hanya 132 penjawat awam di Selangor belum divaksin

Hanya 132 penjawat awam di Selangor belum divaksin

0
Hanya 132 penjawat awam di Selangor belum divaksin

SHAH ALAM – Hanya seramai 132 individu iaitu 0.59 peratus daripada jumlah keseluruhan 22,314 penjawat awam di Selangor masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia berdasarkan data diterima daripada 43 jabatan dan agensi sehingga 16 November 2021.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 (PP Bil.4/2021) Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuat kuasa 18 Oktober 2021.

Menurutnya, pekeliling perkhidmatan itu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 10 November 2021 untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri bertujuan mengguna pakai sepenuhnya PP Bil.4/2021 di pentadbiran berkenaan.

“Berdasarkan pekeliling perkhidmatan tersebut dinyatakan bahawa penjawat awam atau pegawai perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi Covid-19 lengkap sebagaimana ditetapkan kerajaan.

“Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta prduktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum,” katanya ketika sesi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke -14 di sini pada Isnin.

Mariah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Elizabeth Wong Keat Ping (PKR-Bukit Lanjan) mengenai berapa ramai penjawat awam yang belum divaksin di negeri berkenaan.

Dr Siti Mariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang berkata, pada atau selepas 1 November 202, pegawai boleh diarahkan ketua jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi Covid-19 yang lengkap dengan cara mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19.

Menurutnya, mana-mana pegawai gagal mematuhi arahan ketua jabatan boleh menyebabkan pegawai terbabit dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

“Sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi Covid-19 atas sebab kesihatan, pegawai boleh diarahkan ketua jabatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar bagi mengesahkan bahawa pegawai tidak layak untuk menerima imunisasi Covid-19 dari segi perubatan (medically inelligable),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here