HANOI – Hanoi sedang merancang menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada golongan rentan atau petugas barisan hadapan yang berisiko tinggi terdedah kepada virus itu.
Mereka yang layak menerima suntikan penggalak dos keempat termasuk individu berumur 50 tahun ke atas, golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang mengalami gangguan imun atau penyakit kronik serta petugas barisan hadapan.
Vietnam menyasarkan lebih 95 peratus golongan dewasa layak menerima suntikan dos keempat, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan pemberian dos penggalak jika bekalan mencukupi.
Vaksin yang akan digunakan bagi tujuan itu ialah Pfizer, Moderna, dan AstraZeneca. – Bernama