Home Koronavirus Hannah gesa kerajaan segerakan vaksin pemandu e-hailing

Hannah gesa kerajaan segerakan vaksin pemandu e-hailing

0
Hannah gesa kerajaan segerakan vaksin pemandu e-hailing

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa kerajaan agar menyegerakan vaksinasi kepada pemandu e-hailing dan servis penghantaran barangan di negara ini.

Menurut Hannah, kerajaan perlu melindungi kira-kira 200,000 pemandu dan penghantar barangan di negara ini yang sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan wabak Covid-19.

Katanya, Kementerian Pengangkutan dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) perlu memainkan peranan dengan bertindak segera memandangkan golongan ini juga membawa penumpang dari pelbagai lokasi pada setiap hari.

“Saya terkejut kerana mereka ini tidak dianggap sebagai petugas barisan hadapan walaupun dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu dalam setiap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Percepat vaksin pemandu e-hailing, penghantar makanan

Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan (PH) pada bulan lalu turut membangkitkan gesaan sama dengan meminta kerajaan mengutamakan pemberian vaksin Covid-19 kepada pemandu e-hailing dan pemandu servis penghantaran makanan bagi fasa keempat.

Susulan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan sektor pengangkutan termasuk kurier dan pemandu e-hailing akan diberi vaksin mulai Julai.

Dalam pada itu, Hannah juga menuntut agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan panduan mengenai sistem pengudaraan bagi setiap perjalanan perkhidmatan e-hailing tersebut.

“Ini adalah amat penting kerana mereka membawa ribuan penumpang ke beberapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) seluruh Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here