Home Koronavirus Guru tolak vaksin akur terima dos pertama

Guru tolak vaksin akur terima dos pertama

0
Guru tolak vaksin akur terima dos pertama

KUCHING – Guru yang dilaporkan enggan menerima vaksin kini telah mula mendapatkan dos pertama mereka.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sejak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penjawat awam diwajibkan mengambil vaksin Covid-19, sesetengah guru yang dilaporkan enggan menerima vaksin kini telah mula mendapatkan dos pertama mereka.

“Kita (KPM) telah menerima senarai terkini selepas perkara itu diumumkan, ada guru telah mendapatkan dos pertama, maka kita sedang memantau keadaan semasa.

“Apa yang paling penting adalah sekiranya guru-guru yang tidak divaksin ini menjejaskan operasi sekolah, tindakan segera akan diambil termasuklah membuat pertukaran terutamanya guru pendidikan khas yang sentiasa bersama murid secara fizikal dengan murid berkeperluan khas,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here