![Garis panduan pengambilan air liur persampelan bakal dimuktamadkan Garis panduan pengambilan air liur persampelan bakal dimuktamadkan](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/07/1132447-Xxivqk.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/07/13/1132447.jpeg)
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memuktamadkan garis panduan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan dibuat dalam mesyuarat pada Rabu.
Menurutnya, kaedah penggunaan RTK-Antigen menggunakan air liur boleh dilaksanakan pesakit itu sendiri,” katanya.
“Langkah itu dapat meningkatkan saringan di lapangan sekali gus kemungkinan kes positif Covid-19 dapat dikesan dengan lebih baik.
“Tujuh hospital KKM sudah dikenal pasti untuk melaksanakan penilaian lapangan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19,” katanya.
Institut Kajian Perubatan (IMR) sebelum ini dilapor telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19.
Kedua-dua kaedah tersebut didapati mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.
Pecahan kes baharu #COVID19. pic.twitter.com/rm1TmAycOO
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 13, 2021