Home Koronavirus Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 19 April

Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 19 April

0
Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 19 April

PUTRAJAYA – Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik, akan bermula 19 April ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, notis janji temu bagi suntikan vaksin akan diberikan mulai 5 April, dua minggu awal sebelum tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Khairy berkata, setakat semalam (28 Mac), kira-kira dua juta individu dalam golongan fasa kedua telah berdaftar menerusi MySejahtera, daripada sasaran sembilan juta orang.

“Sementara menunggu pendaftaran golongan fasa kedua dan bila bekalan vaksin mencukupi, mereka yang telah berdaftar di bawah fasa ketiga, akan didahulukan untuk menerima suntikan vaksin.

“Sekiranya pendaftaran fasa kedua perlahan atau rendah, kita tidak akan tunggu dan proses vaksinasi bagi fasa ketiga akan dipermudahkan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan program imunisasi Covid-19 di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here