KOTA BHARU – Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin disahkan positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan secara rasmi menerusi akaun Facebook milik Dr Izani pada Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Selasa lalu.
“Semoga ALLAH SWT memberikan kesembuhan dan memudahkan urusan kita semua.
“Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama,” katanya menerusi entri tersebut.