Home Koronavirus Exco Kedah sedia jadi golongan terawal terima suntikan vaksin

Exco Kedah sedia jadi golongan terawal terima suntikan vaksin

0
Exco Kedah sedia jadi golongan terawal terima suntikan vaksin

KUALA KEDAH – Barisan Exco Kedah bersedia untuk menjadi antara sebahagian golongan pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 yang dijangka diterima tidak lama lagi.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Halimaton Shaadiah Saad berkata, pihaknya menjangkakan suntikan vaksin Covid-19 akan diterima dan dilakukan sekitar Mac ini.

Menurutnya, golongan petugas barisan hadapan di Kedah akan menerima suntikan vaksin berkenaan terlebih dahulu.

“InsyaALLAH, vaksin akan mula disalurkan kepada rakyat Kedah terutama petugas barisan hadapan berkemungkinan bulan depan.

“Barisan Exco Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah juga dikehendaki menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya ketika diminta mengulas saranannya supaya orang ramai bersedia menerima suntikan vaksin.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas Program Nat Percuma-Cakna Sihat sempena Hari Kanser di Masjid Al-Makrufi Seberang Kota, di sini pada Sabtu.

Halimaton Shaadiah berkata, Exco dan ADUN terutama dirinya bersedia menyahut seruan kerajaan untuk menjadi antara yang terawal menerima suntikan vaksin berkenaan sebagaimana arahan diterima dalam Mesyuarat Exco lalu.

Dalam perkembangan lain, katanya, pihaknya menyambut baik program Nat Percuma-Cakna Sihat yang diadakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah MyFundAction, Cancer Survivor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Alhamdulillah, program hari ini berjalan lancar mengikut SOP, sekali gus mengalakkan golongan B40 menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum menerima bantuan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here