PUTRAJAYA- Sebanyak enam lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 Ogos hingga 8 September, 2021.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, dalam satu kenyataan hari ini berkata, PKPD itu masing-masing melibatkan dua lokaliti di Tawau dan Kota Belud, satu di Penampang, dan satu lagi di Beaufort.
Selain itu beliau berkata, tiga lagi lokaliti dikenakan PKPD, iaitu di Perkampungan Orang Asli di Mukim Ulu Tenom, di Cameron Highlands, Pahang.
AKAN MENYUSUL