Home Koronavirus Enam lagi maut akibat Covid-19 di Pahang

Enam lagi maut akibat Covid-19 di Pahang

Enam lagi maut akibat Covid-19 di Pahang

KUANTAN – Pahang merekodkan enam kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kumulatif kematian di negeri ini meningkat kepada 89 kes.

Kes kematian yang dilaporkan melibatkan pesakit berusia 35 hingga 84 tahun dari Bentong, Kuantan dan Jerantut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, sehingga jam 5 petang pada Jumaat, sebanyak 89 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif Covid-19 di negeri ini mencecah ke angka 11,415 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu yang didaftarkan itu melibatkan 60 kes tempatan dan 29 kes warga asing.

“Sembilan daerah mencatatkan pertambahan kes dengan daerah Kuantan merekodkan kes tertinggi, 23 kes diikuti Bera (19 kes), Cameron Highlands (15 kes), Temerloh (11 kes), Jerantut (6 kes), Rompin (6 kes), Lipis (5 kes) dan masing-masing dua kes di Bentong dan Maran,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Bahari berkata, ketika ini terdapat 887 kes positif Covid-19 sedang dirawat di lapan hospital dan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini manakala 186 kes lagi berada dalam pengawasan di rumah.

“Daripada jumlah itu, 21 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 12 kes di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan sembilan kes di Hospital Sultan Ahmad

Shah (HoSHAS) Temerloh termasuk lapan kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here