Home Koronavirus Enam kes baharu Covid-19 di Sarawak perlukan ventilator

Enam kes baharu Covid-19 di Sarawak perlukan ventilator

0
Enam kes baharu Covid-19 di Sarawak perlukan ventilator

KUCHING – Enam daripada 750 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan penggunaan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, selain itu terdapat empat kes melibatkan jangkitan paru-paru dan lapan kes memerlukan oksigen manakala bakinya atau 97.6 peratus tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Bagi pecahan kes baharu hari ini (Jumaat), Kuching antara daerah merekodkan kes tertinggi dengan 217 kes diikuti Miri (143), Sibu (97), Bintulu (53), Serian (44), Limbang (37) dan Lawas (22),” menurut JPBN Sarawak.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan 18 kematian baharu akibat jangkitan wabak itu direkodkan antara 14 Oktober hingga semalam.

Sementara itu, tiga kluster iaitu Kluster Sungai Pana di Beluru, Kluster Sungai Merusa di Subis dan Kluster Kanawa Baram di Marudi diisytiharkan tamat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 42. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here