Home Koronavirus Empat lokaliti di Sabah, satu di Sarawak dikenakan PKPD

Empat lokaliti di Sabah, satu di Sarawak dikenakan PKPD

Empat lokaliti di Sabah, satu di Sarawak dikenakan PKPD

SHAH ALAM – Empat lokaliti di Sabah dan satu di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat hingga 29 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan berkenaan ialah Kampung Lubak, Beaufort; Blok 2, Blok 6 & Blok 9 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Sandakan; Blok Angsana & Blok Sumboi-Sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar dan Kampung Melalam, Sipitang.

Beliau memberitahu, lokaliti PKPD di Sarawak pula ialah Kampung Jagoi Duyoh, Daerah Bau, Kuching.

“Selain itu, PKPD dilanjutkan di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah bermula Jumaat sehingga 29 Julai manakala dua lokaliti di Sabah dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Kelantan dan Negeri Sembilan ditamatkan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Kawasan berkenaan katanya, di Jalan Kubur, Kuala Lumpur; Kampung Pangkal Jetas, Machang, Kelantan; Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Jelebu, Negeri Sembilan serta Taman Public, Kota Kinabalu, Sabahditamatkan pada Khamis.

“PKPD di Kampung Gusi Kinarut, Papar, Sabah pula akan ditamatkan pada hari ini (Rabu),” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi petunjuk bahawa kadar vaksinasi lengkap dua dos telah melepasi nilai ambang 10 peratus yang ditetapkan untuk negara beralih dari fasa satu ke fasa dua.

Katanya, perkembangan itu memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelempok.

“Indikator ini sejajar dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini.

“Sekiranya perkembangan positif ini berterusan, seluruh negara mampu beralih ke fasa dua pada awal bulan Ogos seperti Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pada Selasa, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,827 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 20,005 orang.

“Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,257 kilang, 15,256 premis perniagaan, 1,148 tapak pembinaan dan 286 asrama penempatan pekerja,” katanya.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, 68 premis membabitkan 23 kilang, premis perniagaan (43) dan tapak pembinaan (dua) diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here