Home Koronavirus Empat kluster baharu Covid-19 di Sarawak

Empat kluster baharu Covid-19 di Sarawak

0
Empat kluster baharu Covid-19 di Sarawak

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 dengan dua daripadanya dikesan di daerah Kuching sementara dua lagi masing-masing di daerah Tatau dan Sibu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, di Kuching, Kluster Jalan Setia Raja dikesan melibatkan 10 kes positif di sebuah pasar raya sementara Kluster Kilometer 23 Jalan Puncak Borneo merekodkan 28 kes positif di sebuah pusat pemulihan narkotik.

Di Tatau pula, Kluster Sungai Separai melibatkan 33 kes positif di sebuah rumah panjang yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala 24 kes positif direkodkan dalam Kluster Jalan Sungai Antu di Sibu yang terdiri daripada pekerja syarikat simpanan sejuk beku.

Jawatankuasa itu turut mengumumkan pelaksanaan PKPD di Rumah Sewa Beverly Hills dan Kuarters Union Engineering di Bintulu mulai Rabu hingga 6 Julai, Kuarters Sri Minah Timber, Bintulu (22 Jun hingga 5 Julai) dan Kampung Sadong Jaya Laut, Asajaya (25 Jun hingga 8 Julai).

Hari ini, Sarawak merekodkan 581 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 62,147. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here