Home Koronavirus Dua warga Malaysia antara 14 kes komuniti di Singapura

Dua warga Malaysia antara 14 kes komuniti di Singapura

0
Dua warga Malaysia antara 14 kes komuniti di Singapura

SINGAPURA – Dua rakyat Malaysia adalah antara 14 kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan dilaporkan di sini pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam Ahad, MOH memaklumkan kedua-duanya dikaitkan dengan kluster sedia ada di sini.

Kes pertama melibatkan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 27 tahun yang bekerja sebagai ahli fisioterapi di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Menurut MOH, wanita itu telah dikuarantin dan melakukan ujian Covid-19 pada 30 April.

“Keputusan ujiannya positif untuk jangkitan Covid-19 pada 1 Mei,” menurut kenyataan itu.

Beliau dikaitkan dengan Kluster Kes 62541, seorang jururawat di TTSH yang disahkan dijangkiti Covid-19 pada 27 April.

Terdapat 27 kes yang dikaitkan dengan TTSH setakat ini.

Sementara itu, kes kedua melibatkan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pendandan rambut di Me To Do Studio, Woodlands Street 82.

Dilabelkan sebagai Kes 62760, MOH berkata, keputusan ujiannya pada 2 Mei adalah positif manakala keputusan ujian serologinya adalah negatif.

Beliau dikaitkan dengan Kluster Kes 62553, melibatkan seorang wanita warga Vietnam berusia 39 tahun, pekerja pembersihan di kemudahan rawatan komuniti di Tuas South.

Setakat tengah hari Ahad, sebanyak 39 kes baharu dilaporkan di Singapura yang 25 daripadanya adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan kepada 61,218.

Setakat ini terdapat sembilan kluster Covid-19 di republik itu. – Bernam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here