Home Koronavirus Dua suntikan vaksin Pfizer berkesan selama enam bulan

Dua suntikan vaksin Pfizer berkesan selama enam bulan

0
Dua suntikan vaksin Pfizer berkesan selama enam bulan

PARIS – Para penerima dua dos suntikan vaksin keluaran Pfizer didapati tidak dijangkiti Covid-19 bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, menurut hasil satu analisis yang dibuat terhadap para pesakit Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Analisis itu dilakukan selepas pengeluar vaksin itu, Pfizer dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, Kaiser Permanente mengkaji 3.4 juta penduduk di selatan California, AS yang sudah menerima dua dos suntikan tersebut.

Bilangan 3.4 juta itu mewakili kira-kira satu pertiga penduduk yang sudah mendapat vaksin penuh antara Disember 2020 hingga Ogos 2021.

Hasil analisis itu disiarkan dalam Jurnal Lancet.

Secara purata, bagi tempoh tiga atau empat bulan, sebanyak 73 peratus penduduk yang telah menerima dua dos suntikan Pfizer tidak mendapat jangkitan Covid-19.

Sebanyak 90 peratus penduduk yang mendapat dua dos suntikan tersebut bagi tempoh yang sama juga tidak perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana dijangkiti koronavirus itu.

Bagaimanapun, kadar perlindungan bagi menghalang jangkitan Covid-19 akibat varian Delta pula didapati menurun sebanyak 40 peratus bagi tempoh lebih lima bulan.

Analisis itu juga mendapati suntikan tersebut memberikan perlindungan tinggi terhadap penduduk terhadap semua varian kerana mereka tidak perlu mendapatkan rawatan

koronavirus di hospital-hospital bagi tempoh yang sama.

Pada Ogos lalu, pihak berkuasa AS meluluskan dos tambahan untuk vaksin Covid-19 terhadap penduduk yang mengalami masalah lemah sistem imun.

Perancis pula menawarkan suntikan ketiga vaksin Covid-19 terhadap golongan warga emas di negara itu. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here