Home Koronavirus Dua subvarian Omicron dikesan di Malaysia

Dua subvarian Omicron dikesan di Malaysia

0
Dua subvarian Omicron dikesan di Malaysia

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan beberapa kes Covid-19 yang melibatkan subvarian Omicron.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui ciapannya di Twitter berkata, dua kes yang ditemui tersebut adalah daripada subvarian BA.5 dan satu BA.2.12.1.

“Malaysia baru sahaja mengesan dua kes BA.5 dan satu kes BA.2.12.1. Ini adalah kali pertama varian ini dikesan.

“Kedua-duanya dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian membimbangkan (VOC) di bawah varian Omicron,” katanya pada Khamis.

Menurut beliau, setakat ini, faktor risiko adalah masih kekal sama.

WHO telah menambah varian BA.5 ke dalam senarai varian dalam pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Malaysia has just sequenced two BA.5 and one BA.2.12.1 cases. This is the first time these variant lineages have been detected. Both are categorised by @WHO as VOC-LUM (lineages under monitoring) under the Omicron variant.

So far, risk factors remain the same.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 9, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here