Home Koronavirus Dua PPV khas untuk barisan hadapan sektor ekonomi akan dibuka

Dua PPV khas untuk barisan hadapan sektor ekonomi akan dibuka

Dua PPV khas untuk barisan hadapan sektor ekonomi akan dibuka

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas bagi petugas barisan hadapan sektor ekonomi (economic frontliners) di negeri ini bagi meningkatkan kadar penerimaan suntikan kepada golongan tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, PPV tersebut membabitkan sektor perkilangan, peruncitan serta pelancongan di negeri ini.

Menurut beliau, sehingga kini, dua PPV khas ‘economic frontliners’ telah dikena lpasti iaitu masing-masing di bahagian pulau dan Seberang Perai.

“Sekurang-kurangnya empat lagi PPV baharu akan beroperasi pada bulan ini bagi memastikan lebih ramai rakyat Pulau Pinang yang telah berdaftar diberikan vaksin pada kadar secepat mungkin.

“Selain penambahan PPV awam antaranya di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang dibuka pada 14 Jun dan Balai Rakyat Bayan Baru (22 Jun), PPV khas bagi ‘economic frontliners’ ini bertujuan untuk meningkatkan kadar penerimaan suntikan sekali gus membentuk imuniti kelompok di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kon Yeow berkata, pembukaan dua PPV khas itu adalah hasil usahasama kerajaan negeri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan lain-lain agensi berkaitan.

“Sebagai tambahan, semalam (Jumaat), saya juga telah mengutus surat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memohon supaya cadangan pelaksanaan PPV di lapangan (on site PPV) membabitkan tiga syarikat multinasional diluluskan segera bagi menambah bilangan kapasiti sedia ada.

“Di samping itu, bagi program outreach Unit Vaksinasi Bergerak (Mobile Vaccination Unit) membabitkan pusat jagaan warga emas oleh JKNPP, sebanyak 87 pusat telah dikunjungi dan seramai 3,309 penjaga serta penghuni telah menerima suntikan vaksin.

“Usaha berkaitan akan berterusan bagi memastikan semua golongan berisiko divaksinasi dengan sepenuhnya dalam tempoh terdekat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here