Home Koronavirus Dua pesakit Covid-19 dipindahkan dari PPS ke Hospital Gua Musang

Dua pesakit Covid-19 dipindahkan dari PPS ke Hospital Gua Musang

0
Dua pesakit Covid-19 dipindahkan dari PPS ke Hospital Gua Musang

KOTA BHARU- Dua pesakit Covid-19 yang juga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7, di Gua Musang dipindahkan ke hospital bagi rawatan lanjut, pada 12 tengah hari Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan daerah Gua Musang, Mohd Yussalmi Mohd Yusoff berkata, kedua-dua pesakit terbabit sebelum ini ditempatkan di PPS tersebut dan diasingkan daripada mangsa banjir yang lain.

Beliau berkata pasukannya telah menggunakan bot untuk membawa keluar pesakit dari PPS sebelum diserahkan kepada Hospital Gua Musang.

“Ketika kerja-kerja membawa mangsa positif Covid-19 ini, pihak kami telah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pakaian serta peralatan perlindungan diri (PPE) bagi mengelakkan penularan wabak kepada anggota bertugas,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Jumaat

Menurut Mohd Yussalmi keadaan kedua-dua mangsa ketika dibawa keluar dari PPS adalah sihat.

Katanya, setakat pukul 1 tengah hari ini, dua PPS telah dibuka di Gua Musang iaitu PPS SK Limau Kasturi 1 dan SK Felda Chiku 7 dengan menempatkan 393 mangsa daripada 68 keluarga. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here