Home Koronavirus Dua lagi kluster diisytihar di Sarawak, PKPD di tujuh rumah panjang

Dua lagi kluster diisytihar di Sarawak, PKPD di tujuh rumah panjang

0
Dua lagi kluster diisytihar di Sarawak, PKPD di tujuh rumah panjang

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Sungai Ngungun dan Kluster Sungai Tuah di Kanowit.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan menyebut indeks kes bagi kluster Sungai Ngungun didapati mendapat jangkitan semasa menerima rawatan di hospital pada 11 April, manakala kluster Sungai Tuah melibatkan penularan jangkitan berpunca daripada upacara pengebumian pada 12 April.

Menurut JPBN, kedua-dua kluster itu turut melibatkan jangkitan dalam kalangan komuniti rumah panjang.

JPBN memaklumkan sebanyak 432 kes Covid-19 dilapor di negeri itu pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 28,961 kes, sementara tiga kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian 165 orang.

Dalam kenyataan sama, JPBN memaklumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Bajak di Julau dilanjutkan selama seminggu lagi iaitu dari 28 April hingga 4 Mei.

Selain itu, tujuh buah rumah panjang terdiri daripada Rumah Likik di Pakan; Rumah Empeni Budom (Sarikei); Rumah Nyuka Lubuk Lemba (Sarikei); Rumah Selat Lai dan Rumah Takang Uatau (Meradong) turut dikenakan PKPD bermula semalam hingga 9 Mei depan.

PKPD turut dikuatkuasakan di Rumah Giman (Sarikei), Rumah Kiam Ujai (Marudi) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Balingian (Sibu) dari 28 April hingga 11 Mei. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here