Home Koronavirus Dua lagi kluster baharu libatkan rumah panjang di Sarawak

Dua lagi kluster baharu libatkan rumah panjang di Sarawak

0
Dua lagi kluster baharu libatkan rumah panjang di Sarawak

KUCHING – Dua kluster baharu Covid-19 melibatkan rumah panjang dikesan di Sarawak pada Ahad masing-masing satu di Tatau dan Meradong menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini kepada 97.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, Kluster Sungai Entajum merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Entajum, Sangan di Tatau.

“Sejumlah 112 individu disaring dan 41 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, manakala 71 kes masih menunggu keputusan makmal,” menurut JPBN.

Satu lagi kluster iaitu Kluster Sungai Pelepak juga merupakan kluster komuniti yang berpunca daripada sebuah rumah panjang di bawah pelaksanaan PKPD di Sungai Pelepak, Batu 5, Jalan KJD di Meradong.

“Sejumlah 163 individu disaring dan 26 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, manakala 61 kes negatif dan 76 kes masih menunggu keputusan makmal,” menurut JPBN.

Sementara itu, JPBN memutuskan akan melanjutkan tempoh tiga PKPD di Sri Aman iaitu Rumah Panjang (Rh) Majeng, Kampung Po Ai; Rh Kedeni, Kampung Batu Besai; dan Rh Mengga, Kampung Batu Besai sehingga 11 Julai ini susulan penularan Covid-19 yang belum dapat dikawal sepenuhnya di kawasan itu.

Secara keseluruhan, terdapat 365 kes baharu Covid-19 dicatat di Sarawak pada Ahad dengan 218 kes daripadanya dikesan di Kuching, Sibu, Tatau, Saratok dan Meradong selain satu kematian baharu dilaporkan akibat jangkitan wabak itu menjadikan jumlah korban meningkat kepada 419 orang. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here