PUTRAJAYA – Dua lagi kes varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dijangkiti varian itu ialah lima kes.
“Dua kes terbaru iaitu kes keempat dan kelima adalah pengembara warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Poland pada April tahun lalu.
“Kedua-dua mereka didapati positif Covid-19 pada 30 Mac lalu dan sudah diberikan rawatan selanjutnya,” katanya.
AKAN MENYUSUL