SEPANG – Kerajaan menjangkakan sebanyak dua juta dos vaksin Sinovac akan dikeluarkan setiap bulan oleh Pharmaniaga Bhd selepas mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana penghantaran vaksin keluaran China itu dibuat secara pukal dan bukannya telah siap dibotolkan.
“Saya diberitahu Pharmaniaga, kalau diluluskan dapat keluarkan dua juta dos setiap bulan,” katanya pada sidang media sempena Ketibaan Bekalan Kedua Vaksin Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL