Home Koronavirus Dua ahli Parlimen positif Covid-19, enam jalani kuarantin

Dua ahli Parlimen positif Covid-19, enam jalani kuarantin

0
Dua ahli Parlimen positif Covid-19, enam jalani kuarantin

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan dua ahli Parlimen didapati positif Covid-19 sekali gus tidak dapat menyertai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung pada Isnin.

Menurut beliau, susulan itu terdapat enam lagi ahli Parlimen yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada dua ahli Parlimen berkenaan.

“Hasil ujian saringan Covid-19 yang diadakan Jumaat lalu juga mendapati seramai 13 orang kakitangan Parlimen yang didapati positif.

“Berikutan itu, seramai 58 kakitangan Parlimen turut menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here