Home Koronavirus Dr Adham lawat PPV KD Sultan Ismail

Dr Adham lawat PPV KD Sultan Ismail

0
Dr Adham lawat PPV KD Sultan Ismail

JOHOR BAHRU – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Ahad melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih di Kota Tinggi dekat sini bagi meninjau perjalanan pusat berkenaan.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan beliau ke PPV berkenaan disertai Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Zainul Rashid Abdullah, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil dan Pengarah Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Dr Roslinda A. Rahman.

“Lawatan ini bertujuan meninjau lokasi di Auditorium Shariff yang dijadikan zon pemberian vaksin. Sebagai permulaan 208 vaksin diperuntukkan hari ini kepada penduduk setempat termasuk 21 orang kontraktor dan 18 orang ahli keluarga warga KD Sultan Ismail,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut beliau, TLDM amat komited dalam mendokong pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-​19 bagi membolehkan semua masyarakat setempat dan warga TLDM dapat mencapai imuniti kelompok sekali gus membantu mengekang penularan pandemik di negara ini. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here