Home Koronavirus Dos penggalak diberi esok untuk ahli Parlimen belum terima

Dos penggalak diberi esok untuk ahli Parlimen belum terima

0
Dos penggalak diberi esok untuk ahli Parlimen belum terima

KUALA LUMPUR – Pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada ahli Parlimen yang belum menerimanya akan diadakan pada Khamis di klinik Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak itu,“ katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada ahli Parlimen pada 2 November lepas.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Oktober lepas untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here