Home Koronavirus Disangka mati, pesakit Covid-19 bangun sebelum dibakar

Disangka mati, pesakit Covid-19 bangun sebelum dibakar

0
Disangka mati, pesakit Covid-19 bangun sebelum dibakar

BARAMATI- Seorang wanita warga emas yang dipercayai telah meninggal dunia akibat virus Covid-19 tiba-tiba sedar beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan di Baramati, India.

Shakuntala Gaikwad, 76, disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke hospital pada 10 Mei selepas keadaan kesihatannya semakin buruk, lapor portal berita India Today.

Ketika menerima rawatan di hospital, Gaikwad tidak sedarkan diri dan disangka telah meninggal dunia.

‘Mayatnya’ dibawa pulang ke rumah keluarga sejurus selepas itu.

Ketika upacara pembakaran mayat sedang dilakukan, Gaikwad tiba-tiba membuka mata dan terus menangis.

Menurut pegawai polis, Santosh, Gaikwad dikejarkan ke Hospital Silver Jubilee bagi menerima rawatan.

Krisis Covid-19 di India semakin memburuk dalam beberapa minggu ini.

Pada Sabtu, negara itu mencatatkan lebih 326,000 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Kes kematian pula mencecah 4,000 kes setiap hari.

Sepanjang minggu lepas, India merekodkan lebih 1.7 juta kes positif baharu dengan lebih 20,000 kes kematian.

Kenaikan mendadak ini telah melumpuhkan sistem kesihatan negara itu terutamanya di kawasan pedalaman.- Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here