KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menurun kepada 1,924 kes berbanding 3,545 kes dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu juga turut menunjukkan jumlah kes sembuh yang dilaporkan hari ini melebihi kes jangkitan baharu dengan jumlah 3,752.
Katanya, susulan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini sebanyak 293,698 kes.
Sebanyak 12 lagi kematian dilaporkan akibat pandemik itu pada Khamis.
Beliau berkata, sebanyak 1,918 daripada jumlah kes baharu itu adalah penularan dalam negara manakala enam lagi kes import dilaporkan membabitkan bukan warganegara.
AKAN MENYUSUL