Home Koronavirus DHL Express edar lebih 200 juta vaksin di seluruh dunia

DHL Express edar lebih 200 juta vaksin di seluruh dunia

0
DHL Express edar lebih 200 juta vaksin di seluruh dunia

KUALA LUMPUR – DHL Express setakat ini telah mengedarkan lebih kurang 200 juta dos vaksin kepada 120 negara yang melibatkan lebih daripada 350 kemudahan.

Ketua Pegawai Komersial DHL serta Ketua Penyelesaian Pelanggan dan Inovasi, Katja Busch berkata, lebih 50 kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan rakan kongsi dalam industri farmaseutikal termasuk sektor awam telah dimeterai dan beberapa perkhidmatan khusus yang baharu telah dibentuk bagi menangani tanggungjawab tersebut.

“Pengurusan logistik dan rantaian bekalan memainkan peranan penting dalam pengurusan pandemik. Memastikan rantaian bekalan berjalan serta usaha menjamin penghantaran bagi bekalan kesihatan utama memberikan pelajaran yang berharga.

”Kami telah melancarkan perkhidmatan baharu yang didedikasikan untuk pengedaran vaksin pada kepantasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Semua sektor, industri dan negara perlu bekerjasama untuk menamatkan pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas taklimat media maya mengenai Kertas Putih DHL yang baharu bertajuk, ‘Revisiting Pandemic Resilience’ pada Selasa.

Hadir sama pada taklimat media itu ialah Naib Presiden Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan bagi Eropah, Timur Tengah serta Afrika, Penyelesaian dan Inovasi Pelanggan DHL, Thomas Ellmann.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia dan Brunei DHL Express, Julian Neo berkata, kerja-kerja di belakang tabir melibatkan usaha yang besar khususnya bagi mengurus dan mengoptimumkan keseluruhan proses, daripada pengilang kepada orang ramai yang memerlukannya.

”Dengan kepakaran logistik kami yang luas dalam sektor sains hayat dan penjagaan kesihatan, kami berbangga kerana dapat menyampaikan lebih daripada dua juta dos kepada Malaysia serta terus memainkan peranan aktif dalam tindak balas pandemik negara,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here