PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Daiyan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
“Salam semua, berat hati untuk saya beritahu yang saya telah disahkan positif Covid-19.
“Saya pada awalnya menjadi kontak rapat dengan seseorang daripada pihak produksi yang disahkan positif pada Khamis.
“Bila saya dapat tahu, saya ketika itu masih negatif, tapi Daiyan tak sedap badan dan kebetulan saya ada satu majlis semalam.
“Jadi saya terus buat test pagi semalam dan keputusannya positif,” katanya.
Jelas Daiyan, sejak itu dia terus mengamalkan kuarantin kendiri di rumah.
“Simptom saya tidak terlalu serius, cuma mengalami pening kepala, sakit tekak tetapi ia tidak teruk atau apa-apa lagi dan saya masih dalam keadaan baik, Alhamdulillah.
“Saya mohon maaf kepada mereka yang menjadi kontak rapat, silalah buat ujian swab segera. Minta maaf sekiranya menyusahkan semua.
“Doakan Daiyan cepat pulih. Daiyan bersyukur atas ujian ini dan Daiyan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” katanya. – Awani